Pages

Monday 12 November 2012

Pengenalan Pemulihan Khas

Pemulihan Khas


 Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengatahuan. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawall mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah..

    Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terbelakang” menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Melalui program ini, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.



Konsep Pemulihan Khas

 Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


Matlamat Pemulihan Khas

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Objektif Pemulihan Khas
  1.  menguasai kemahiran 3M.
  2. meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Pengenalan Pemulihan 

MURID PEMULIHAN KHAS Kanak-kanak Pemulihan Khas merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka. 

Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

 Masalah-masalah Murid Pemulihan : Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah : Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan. Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling. Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri. 

Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya. Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

0 comments:

Post a Comment